Wednesday, 11 July 2012

Pernah Tak Rasa?


assalamualaikum..salam sejahtera..


pernah tak rasa bila kita cuba luahkan sesuatu y terpendam kepada seseorg dengan harapan org itu akan buat kita rasa tenang & lega, akan tetapi respon y diberikan tidak seperti y diharapkan malah membuatkan kita rasa menyesal meluahkan kepadanya & sebaliknya org tersebut menceritakan kepada org lain apa y kita luahkan kepadanya. ye, saiyer pernah rasa.

pernah tak rasa bila kita cuba buat lawak dengan seseorg dengan harapan org itu akan gelak & cakap kelakar la lawak itu, akan tetapi respon y diberikan tidak seperti y diharapkan malah membuatkan kita rasa bodoh kerana lawak tak jadi. ye, saiyer pernah rasa.

pernah tak rasa bila kita excited nak bercerita tentang sesuatu kejadian pada seseorg y kita harap ia juga buat org itu rasa teruja mendengarnya, akan tetapi respon y diberikan seperti 'ow, dah tahu dah' or 'so?' & buat kita rasa nak lempang je org tu laju-laju. ye, saiyer pernah rasa.

pernah tak rasa bila kita taip mesej dalam nada or gaya bahasa y berbeza & send mesej tersebut kepada seseorg, akan tetapi org itu pula membacanya dengan nada or gaya bahasa y bukan seperti kita harapkan & menyebabkan timbul pelbagai salah faham. ye, saiyer pernah rasa.

pernah tak rasa bila kita cakap sesuatu dengan niat nak bergurau dengan seseorg or tidak bermaksud apa-apa akan tetapi org itu tiba-tiba menjadi serius & marah or 'sentap' malah org itu terus pergi meninggalkan kita tanpa kita ketahui apa puncanya. ye, saiyer pernah rasa.

pernah tak rasa bila kita duduk dalam satu kumpulan manusia & mereka seperti membincangkan sesuatu akan tetapi apabila kita ingin mengetahu apakakah y mereka bualkan & respon y kita terima adalah 'mereka diam' or 'mereka segera ubah topik' or 'mereka cakap tak ada apelah' malah ia mumbuatkan kita rasa seperti dipinggirkan or mereka sedang bercakap berkaitan dengan kita or mereka sebenarnya sedang memerli kita. ye, saiyer pernah rasa.

pernah tak rasa bila kita merasakan seseorg itu baik & kita suka dengan sikapnya y baik itu & kita sentiasa menceritakan perihal baiknya kepada org lain, akan tetapi org itu sebenarnya menikam kita dari belakang & berpura-pura baik di hadapan kita sedangkan di belakang kita mengutuk habis-habisan malah membuatkan kita rasa apa dosa kita padanya sehingga dia berbuat demikian. ye, saiyer pernah rasa.

pernah tak rasa bila seseorg itu menaburkan janji-janji manis kepada kita sebelum dia mendapat sesuatu, akan tetapi selepas mendapatnya tidak ada satu janji pun y ditunaikan seperti y dia war-warkan kepada kita malah dia buat seperti tiada apa y berlaku. ye, saiyer pernah rasa.

pernah tak rasa bila kita sudah merancang akan sesuatu perkara itu dengan teliti & berharap segalanya akan berjalan seperti y dirancang, akan tetapi perkara itu tidak berlaku seperti y kita inginkan malah perkara tanpa perancangan pula y berlaku dengan jayanya. ye, saiyer pernah rasa.

pernah tak rasa bila kita ingin membeli sesuatu benda & menetapkan budget bagi perbelanjaan kita, akan tetapi kita membeli benda y tidak sepatutnya & benda y sepatutnya dibeli, tidak pula dibeli malah perbelanjaan kita melangkaui budget y sudah kita tetapkan. ye, saiyer pernah rasa.

pernah tak rasa kita syok sendiri sedangkan org lain merasakan kita ni tah pape je. ye, saiyer rasa sekarang ni. ye, saiyer rasa tah pape je y saiyer tulis. tapi ada saiyer kisah? tarak! hee




2 comments:

  1. tentang rasa yang rasanya tentang saya ? huhu . maaf atas khilaf ku sayang . ku bukan yang sempurna seperti kamu mahu tapi aku akan cuba dan cuba dan cuba . insyaallah .. :)

    ReplyDelete