aku bukan sesiapa.
aku hanya wanita biasa.
tapi aku punya deria.
aku juga punya rasa.
rasa yang sedar dalam nyata.
rasa yang gusar dalam raga.
rasa yang hendak dalam tiada.
rasa yang derita dalam bahagia.
rasa yang malu dalam mahu.
rasa yang hidup mati tak mampu.
kerna aku tetap aku.
tanpa perlu ku tahu.
aku alpa sebegitu.
hilang tanpa sedar.
pergi tanpa pesan.
tanpa bisa ku tahu apa semahu ku.
kerna itu memang aku.
lindung deria itu.
pelihara rasa itu.
kendali akal dan hatiku.
agar aku terus di jalan itu.
kau permaisuri hati ku.
ReplyDelete