entry kali ni cuma nak cerita pasal dugaan semasa solat terawih tadi. masa sedang saiyer & jemaah lain solat ishak, tiba-tiba satu perkara tidak diingini telah berlaku. secara tiba-tiba penghawa dingin & kipas telah membunuh diri mereka tanpa diketahui apakah puncanya. mungkin disebabkan keuzuran ataupun terdapat penyakit lain & mungkin di serang virus. oleh itu para jemaah telah mengerjakan solat terawih tanpa penghawa dingin & kipas, dalam erti kata lain solat dalam keadaan kepanasan. hee. berbekalkan semangat y cekal & tabah, saiyer berjaya mengharungi dugaan sedemikian walaupun dalam keadaan kepanasan. peluh meleleh-leleh habaq hang. haha. papepun alhamdulillah sebab berjaya juga menghabiskan solat terawih + witir. sekian.
pic balik terawih. haha
comel spek awak sayang!love.
ReplyDelete