Wednesday, 4 July 2012

JODOH?

assalamualaikum..salam sejahtera..

10 perkara y buat saiyer rasa awak jodoh saiyer :

1) Cara Awak y Bersahaja

awak sentiasa brsikap brsahaja & tidak brlakon. saiyer selalu prhatikan cara awak brpakaian, cara percakapan awak, cara awak ketawa serta cara awak mkn n minum. semuanya spontan, tidak dibuat-buat, tidak cover & saiyer rasa itu mmg awak. saiyer selesa dgn gaya awak, cara awak, semuanya nampak brsahaja & tidak dibuat-buat. cara awak, gaya awak, penampilan awak buat saiyer rasa terpesona.

2) Saiyer Senang Bersama Awak

walaupun kita selalu brsamanya, tidak pernah ada sedikit pon perasaan bosan, jemu, muak, rasa xboleh blah ataupun trtekan dlm diri saiyer. semakin hari saiyer rasa semakin sayang dekat awak. saiyer rasa tenang & gembira bila dgn awak. awak menjadi pengubat kedukaan saiyer. saiyer rasa senang sekali apabila brsama awak mcm hidup saiyer tidak ada sebarang masalah. apabila brjauhan, saiyer rasa sedikit tekanan & rasa nak sgt brjumpa dgn awak tidak kira siang ataupun mlm. ketiadaan awak terasa sedikit kehilangan.

3) Awak Terima Saiyer Seadanya

apapun kisah silam y pernah saiyer lakukan, awak tidak ambil peduli. awak juga tidak mengambil kisah tentang siapa saiyer sebelum ini. y penting bagi awak siapa saiyer sekarang. biarpun awak tahu tentang kekasih saiyer sebelum ni, awak tidak ambil hati lngsung. y awak tahu, saiyer adalah milik awak kini. awak pon byk share tentang kisah silam awak, awak tidak pernah simpan rahsia tentang hidup awak sebelum ni. biarpun ia perit utk diceritakan tp bagi awak tiada rahsia antara kita.

4) Awak Sentiasa Jujur

awak tidak kisah apa y saiyer lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. sikap jujur y awak pamerkan menarik hati saiyer. kejujuran bkn perkara y boleh dilakonkan. kita dapat mengesyaki sesuatu apabila seseorg menipu kita. selagi kejujuran brtakhta di hati kita, kebahagiaan pasti mnjadi milik kita. apabila brjauhan mcm skrg, kejujuran mnjadi faktor paling penting bagi hubungan kita. saiyer boleh rasa kejujuran dlm diri awak. kejujuran menjadikan hubungan cinta kita semakin hangat. kejujuran disulami dgn kesetiaan membuahkan prcintaan y sejati. jadi, awaklah sebaik-baik pilihan.

5) Saiyer Percayakan Awak

setiap org mempunyai rahsia trsendiri. begitu juga dgn saiyer. adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban y ditanggung. awak adalah org y paling tepat sekali utk saiyer brkongsi semua rahsia y trsimpan. saiyer rasa selamat & tenang apabila brkongsi rahsia dgn awak. sbb 2 saiyer tidak pernah simpan apa-apa rahsia pon dr awak. lagipun, bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan & kejujuran.

6) Saiyer Senang Bekerjasama dgn Awak

saiyer senang bekerjasama dgn awak bagi melakukan sesuatu perkara, tidak kira sesuatu prkara itu remeh ataupun sukar. bagi saiyer apabila melakukan sesuatu krja dgn awak, saiyer rasa selesa & senang utk melakukn krja trsebut. tidak kiralah apa-apa krja sekalipun. dgn adanya awak, byk meringankan beban saiyer dlm melakukan sesuatu prkara. tiap kali kita brganding bahu melakukan sesuatu, saiyer rasa gembira sgt sbb prkara tu dapat diuruskan dgn mudah.

7) Awak sgt Memahami Diri Saiyer

awak sgt memahami diri saiyer, faham karenah saiyer, faham kehendak saiyer, faham  apa y saiyer mahu, faham keadaan saiyer & faham segalanya tentang saiyer. semasa saiyer sakit, awak bawa saiyer pergi klinik. semasa saiyer sedih, awak mnjadi penghibur. apabila saiyer mengalami kesusahan, awak mnjadi pembantu. di kala saiyer sdg brleter awak mnjadi pndengar. awak selalu brsama saiyer dlm sebarang situasi. tidak kira saiyer sdg gembira ataupun brduka, awak sntiasa ada utk saiyer. lawak jenaka & telatah awak buat saiyer ketawa & gembira. idea, cadangan & pendapat awak sgt mengujakan. kata-kata awak penuh seribu makna buat saiyer rasa teruja. awak juga brsedia mengalami pasang surut dlm prcintaan. awak sentiasa brsama saiyer melalui hidup ini di kala suka & duka, di saat tenang & susah.

8) Awak Tampilkan Kelemahan Awak

tiada siapa y sempurna di dunia ini. tipulah jika ada org y mengaku dia insan y sempurna drpd segala sudut. pasti semua org memiliki kelemahan & keburukan trtentu. bagi awak y brsedia mnjadi teman hidup saiyer, awak tidak trlalu menyimpan rahsia kelemahan diri & sentiasa brsedia memberitahu saiyer. sudah tentu bkn senang utk awak memberitahu & mengakui kelemahan awak di hadapan saiyer. semua org nak nmpak sempurna kn? awak tidak segan mempamerkan kelemahan diri awak kpd saiyer. misalnya, awak berani memberitahu saiyer y awak adalah seorg y color blind. itu kelemahan awak tp awak kongsikan dgn saiyer. saiyer gembira awak kongsikan sbb saiyer rasa saiyer adalah org y penting dlm hidup awak. saiyer terima semua kelemahan & keburukan diri awak sbb saiyer pon tidak sempurna sayang. kelemahan & keburukan itu buat awak sempurna di mata saiyer.

9) Kata Hati Saiyer kata Awak orgnya

dengarlah kata hati. kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam y dapat mengetahui & memahami perasaan pasanganya. dgn deria batin ini juga kita dpt saling tahu perasaan masing-masing. kita kongsi rasa y sama. saiyer & awak juga dpt membaca fikiran antara satu sama lain & dpt menduga reaksi & tindak bals pada situasi trsebut. perkara ni sering brlaku pada kita kan? saiyer dengar kata hati saiyer & pilihan saiyer, awak. semuanya ketentuan y maha brkuasa.

10) Solat Istikarah & Tawakal

jodoh & prtemuan semuanya di tgn Allah SWT. manusia hanya perancang di pentas dunia ini & skripnya ditulis oleh y maha esa. adakalanya, dlm memainkan peranan sbg pelakon. diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. mimpi mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikarah & memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insyaAllah dgn izinnya kita mndpt petunjuknya. nikmat di dunia hanya sementara. nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


No comments:

Post a Comment