Tuesday, 10 July 2012

Ada y nampak!


assalamualaikum..salam sejahtera..

  cerita ini berkisahkan tentang seorg tok guru dan tiga org anak muridnya di sebuah kampung. pada suatu hari tok guru ini ingin menguji ketiga-tiga org anak muridnya. tok guru memberikan setiap seorg anak muridnya seekor ayam untuk disembelih. tetapi dgn syarat mereka mesti menyembelih ayam tersebut di tempat y tersembunyi & tidak ada sesiapa pun y nampak.

  ketiga-tiga org anak muridnya membawa ayam tersebut untuk disembelih. anak murid y pertama berfikir di mana tempat y tidak ada org. lalu dia terfikir akan sebuah gua di hujung kampung. disana pasti tiada org & sudah tentu tiada y nampak ketika dia hendak menyembelih ayam tersebut. dia pun segera pergi ke gua tersebut & menyembelih ayam itu seperti y diarahkan oleh tok gurunya.

  anak murid y kedua pula berfikir untuk menyembelih ayam tersebut di atas pokok, di dalam hutan y terletak di pinggir kampung. di sana sudah tentu tiada y nampak ketika dia hendak menyembelih ayam tersebut. dia pun segera masuk ke dalam hutan & memanjat salah sebuah pokok y terdapat di situ. dia pun menyembelih ayam tersebut.

  manakala anak murid y ketiga pula sedang runsing memikirkan tempat untuk menyembelih ayam tersebut. dia berjalan ke sana ke sini sambil memikirkan tempat y sesuai untuk menyembelih ayam tersebut. akan tetapi, tidak ada sebarang tempat pun y dapat difikirkan. dia tidak dapat memikirkan tempat y berpadanan dgn syarat y di tetapkan oleh tok gurunya.

  kemudian mereka pun pergi menemui tok guru mereka dengan membawa ayam masing-masing. anak murid pertama & kedua berasa gembira kerana mereka berjaya melaksanakan tugas y diberikan. manakala anak murid y ketiga berasa kecewa kerana tidak dapat melaksanakan tugas seperti rakan-rakanya y lain.

  anak murid y pertama & kedua menceritakan di mana mereka menyembelih ayam tersebut kepada tok gurunya dgn riak sekali. tok gurunya bertanya kepada anak murid y ketiga :

tok guru : mengapa kau tidak menyembelih ayam tersebut?
anak murid : saya tidak dapat memikirkan tempat seperti y tok guru mahukan.
tok guru : bukankah banyak tempat y tersembunyi & tidak dapat dilihat oleh sesiapa.
anak murid : memangla banyak tempat y tersembunyi tetapi tidak dapat disembunyikan dari pengetahuan Allah SWT & tidak ada satu tempat pun y Allah SWT tidak nampak.

tok guru tersenyum mendengar penjelasan dari anak muridnya y ketiga. manakala anak murid pertama & kedua tunduk & terdiam sendirinya.


Surah AlHujurat. Ayat 018.


Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan.




No comments:

Post a Comment