Saturday, 29 September 2012

exam SPA.

assalamualaikum..salam sejahtera..

harini saiyer bangun pukul 5.30 pagi sebab ada PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F29. exam start pukul 9.00 pagi tapi kena ada kat sana 30 minit awal bertempat di Institut Latihan Perindustrian Ipoh. pukul 6.30 pagi dah gerak dari rumah sebab perjalanan ambil masa lebih kurang sejam lebih + nak redah 43 traffic light + risau sesat sebab tak sure exactly ILP tu kat mane +  in case pape. so, better gerak awal la kan. alhamdulillah no sesat & sampai pukul 8.00 pagi.

exam tu terbahagi kepada 3 seksyen.
seksyen A : pengetahuan am
                 : 50 soalan (aneka pilihann)
                 : 40 minit
seksyen B : daya menyelesaikan masalah
                 : 40 soalan (aneka pilihan)
                 : 45 minit
seksyen C : penaksiran personaliti
                 : 185 soalan (aneka pilihan)
                 : 1 jam

seksyen A tu agak susah sebab tak study langsung & tak ambil tahu pulak pasal dasar kerajaan. seksyen B pulak masa tak cukup nak jawab semua soalan peringkat SPM. dah la kena kira manual (calculator are not allowed) macam lipas kudung je kalut mengira. seksyen C pulak rasa macam nak muntah je jawab soalan banyak-banyak ni. haiya. konklusinya tawakaltualaAllah. kalau lulus exam baru dipanggil untuk manghadiri Pusat Penilaian Kompetensi. insyaAllah.


nampak tak muka fening baru lepas exam di situ? 

Friday, 28 September 2012

satu permulaan..

assalamualaikum..salam sejahtera.

wah, rasa macam dah berabad tak update blog nih. hehe. al-maklumlah busy bergelar pelajar baru ijazah sarjana muda sains pengurusan sistem maklumat (kepujian) kampus puncak perdana. ececeh. as student post diploma ni banyak benda nak kena settle & rasa agak terkial-kial. haha. segala surat-menyurat, bil, pengecualian kredit, daftar kelas & segala urusan pendaftaran la. special nya student post diploma ni when futher degree dalam bidang y sama terus masuk semesta tiga. yeah. lagi dua tahun habis la degree. insyaAllah. amin.

alhamdulliah, dalam sedar tak sedar dah tiga minggu saiyer berada di puncak perdana. so far overall ok la. saiyer stay kolej tapi kolej ni macam apartment & berbayar. y tak best dalam rumah tak da dapur & mesin basuh. ada banyak rules y wajib kena ikut. macam biasala kalau dah namanya pun kolej. haha. dalam rumah ada tiga bilik & dua bilik air. bilik satu agak besar untuk dua orang duduk, bilik dua agak kecil untuk dua orang duduk & bilik tiga biasa je untuk empat orang duduk. harga sewa pula berlainan mengikut bilik. bilik satu & dua RM420 per person untuk satu semester while bilik tiga RM240 per person untuk satu semester juga. katil, almari baju & meja belajar are provided. saiyer duduk bilik dua with kiki. housemate semua baik-baik belaka. hee


dia kiki@ketot. dia roommate saiyer!





mereka housemate saiyer!

next nak cerita pasal bff saiyer kat puncak perdana. act, kitaorang dah bff dari kampus machang lagi masa diploma dulu. semua dapat sambung kat puncak perdana kecuali kyah dapat dekat kampus segamat, johor. huhu. sedih gila la dia dapat kat sana sorang-sorang. papepun harap kyah be strong, sentiasa baik-baik sahaja & berjaya di dunia & akhirat. nanti cuti wajib lepak same-same ye. kitaorang rindu bangat sama kamu! tak puas la just webcam je. nak kena jumpa face to face ni baru dapat peluk muah2. hehe. 



mereka bff saiyer!

sekian dulu cerita permulaan saiyer sebagai pelajar di kampus puncak perdana. di harap hari-hari kami akan sentiasa dipermudahkan & diberkati oleh Allah. amin.

Thursday, 6 September 2012

semangat sikit!



ps : Malaysia boleh ! saya pasti boleh! NAJEEHA NASHA can do it!

Wednesday, 5 September 2012

tipu!

awak tipu saiyer!
kenapa?
susah ke nak berterus terang?
kenapa perlu nak rahsia?
rasa sangat dikhianati!

saiyer ke y bersalah?
kenapa?
kenapa saiyer?
banyak persoalan.
tapi..
tiada jawapan.

y terbaik adalah pergi.
pergi jauh.
jauh dari semua.
hilangkan semua itu.
agar dapat ketenangan kembali.

Tuesday, 4 September 2012

fighting!

assalamualaikum..salam sejahtera..

masalah. masalah. masalah.
satu demi satu muncul.
bila satu dah settle, tup tup muncul pulak lagi satu.
susah hati betul la.
ape boleh buat?
sabar jela yang mampu.
hadapi dengan tenang.
pasti ada penyelesaian.
ajaa. ajaa. fighting.

banyak pulak benda nak kena fikir.
dah fikir nak cari penyelesaiaan pulak.
dah cari penyelesaiaan kena bertindak pulak.
dah bertindak, banyak pulak tindakan y perlu di buat.
haiya!
buat masa sekarang apa y perlu tunggu dan lihat.
settle kan mane y patut dulu ye.

ape daa y ko mengarut ni jeha?
membebel sendirian jela y mampu.
sudah sudahla.
runsingkan mane y penting dulu.
perkara y lain tolak tepi.
nanti baru difikirkan dan diselesaikan.
ape pun keputusan y dibuat, y penting redha!
chaiyok! chaiyok!
najeeha nasha boleh!
yeah!


Monday, 3 September 2012



kenangan...

jalan
terus-menerus menuju ke hadapan
tanpa melihat sekali pun apa yang ada di belakang...

lari
laju dan semakin laju ke hadapan
tanpa menoleh sekali pun apa yang terdapat di belakang...

pergi 
jauh
dan hilang...

tabah
gagah 
dan kuat...

yakin pasti boleh!

Sunday, 2 September 2012

sometimes it's easier
to ignore
rather than trying to explaining...

Wednesday, 29 August 2012

senyum!

assalamualaikum..salam sejahtera..

harini saiyer pergi billion lame (fyi, ada dua billion y agak dekat-dekat, satu baru tahun ni siap & satu lagi dah lame) sengsorang sebab nak beli barang sikit. then kat entrance tu saiyer terserempak la dengan sorang gadis ni y agak comel la kot pakai high heels y tak tau bape inci tah but for me memang sangat tinggi. (mak tak layan high heels sebab gayat, mak layan selipers jewrrr. fyi! hak3) dis girl datang dengan sorang mamat but tak sure jugak boipren ke, cousin ke, abang long ke, adik ke or sape-sape jela kan. saiyer agak boipren la. both of them umur macam lobeh kurang eden je ha, dalam lingkungan 20an cam tu la ye kawan-kawan. aha.

act, nak cerita pasal secara tak sengaja saiyer dengan gadis itu tertatap wajah masing-masing. so saiyer pun senyum la dengan menampakkan gigiku y tak berapa nak putih sangat ni. tapi pompuan tu boleh pulak buat tak tahu siap jeling lagi. (kan dah dapat nama pompuan bukan gadis lagi. grrr) agak kurang la di situ kan. cheq kak oi, muka dah cantik, adab kasi cantik jugala. haiya, macam ini punya olang pun ada ka? tapi tak pela sebab saiyer pun malas nak take port maybe dia ada masalah tak boleh senyum ke, gigi dia tak da ke, hape ke kan? ke aku pakai tak hot macam kau? boleh jadi jugak. hahaha. kita mane tahu jugak masalah orang ni. just think positive jela. tapi ade jugak sikit terfikir 'ekau belagak sangat kang terpeleot baru taw'. hohhoho. jahatnya fikiranku ini. dush3.

ohmyAllah! fikiran ku menjadi realiti. tak sangka pompuan tu jatuh terpeleot betul-betul depan mata saiyer. saiyer pun secara tak sengaja terkeluar dari mulut 'Ya Allah' kuat pulak tu. sampai pompuan tu toleh kat saiyer. astarafirullahhalazaim ape y saiyer fikir tadi betul-betul jadi. orang lain y menyaksikan ada y ketawa kecil tapi saiyer rasa bersalah sangat jadi penyebab dia jatuh. nak rasa padan muka pun tak sampai hati. saiyer nak tolong dia tapi tak perlu la kot, boipren dia kan ada. tak lame lepas tu jumpa balik dengan pompuan tu kat bahagian sayur then dia senyum. kat saiyer ke? tengok kiri kanan takda orang. aik? pelik pulak tadi kemain menyombong lagi. manis jugak senyumannya. saiyer pun senyum la balik dengan seikhlas hati. hehehe

tula, kalau awal-awal lagi senyum kan manis. buat muka ketat pun tak dapat ape la kawan. senyum tu kan satu sedekah. dapat pahala dan mungkin boleh dapat kawan. orang pun tak cakap buruk pasal kita. hehehe.
moral of the story : tak kira la sape pun kita jumpa, tua ke, muda ke, kaya ke, miskin ke, cantik ke, hudus ke, tak kira bangsa sokmo-sokmo la senyum ye! tak rugi pun kalau kita senyum. senyum tak perlu kata apa-apa. ngeh3


ps : senyum macam saiyer! hohoh. walaupun agak hudus tapi ikhlas kot!


Tuesday, 28 August 2012

Raya 2012..

assalamualaikum..salam sejahtera..



walaupun hari ni dah raya y ke sepuluh tapi masih belum terlambat lagi kot untuk saiyer bagi ucapan raya. hehe. al-maklumlah time ni je sempat nak mengadap benda alah ni. janji ada jugak ucapan kan, dari takda. hee. di kesempatan ini saiyer Nur Najeeha Nasha Binti Jamal ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua umat Islam y ada di seluruh pelusuk dunia ni. dengan hati y ikhlas saiyer juga ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala kekhilafan y saiyer buat sama ada sedar mahupun tanpa di sedari. kepada semua y mengenali diri ini maafkanlah segala kekhilafan saiyer yer. semoga kita semua sentiasa dirahmati oleh Allah SWT. amin.


raya pertama bertema oren. hee


raya kedua bertema warna-warni but mostly hitam la kan. hee


raya ketiga with ibu & najwa. kredit to angah. hee


raya keempat kami. kredit to angah. hee


raya kelima with my sayang-sayang. hee


Monday, 27 August 2012

sambutan birthday y lalu..

assalamualaikum..salam sejahtera..

  dah lame saiyer tak kemaskini blog. dek kerana sibuk & tiada kesempatan untul on9. al-maklum la sibuk buat persiapan raya & sambutan hari raya la katakan. so, hari ini raya y ke-9 barula ada masa nak cerita pasal sambutan birthday saiyer y dah lepas itu. haha. even dah basi pun tetap juga mahu di ceritakan. hee

  sebenarnya sambutan hari jadi saiyer di buat secara kecil-kecilan. saiyer cuma jemput saudara terdekat je. lagipun bulan puasa kan. sambut masa berbuka la. baru dapat mkn kek. hee. makanan semua ibu y masak, ada bihun sup, mee sup, kueh tiaw sup, nasi impit, rendang, roti john, murtabak, kuih popia, agar-agar mcm-mcm perisa & paling wajib ada kek coklat y ditempah khas. hee. thx ibu & ayah sebab sudi sambut birthday anakmu y sudah dewasa ni. haha.

  rasa tak best sikit sebab angah dengan abg cik tak balik. y ada masa tu tok, ibu, ayah, najwa, najmi, paktam, balqis, dik man, paksu, cu, hilmi & harusla birthday girl. hehe. tapi takpela sebab dapat juga sambut birthday dengan keluarga. dah lame tak sambut birthday dengan family taw. sejak umur 13 tahun tak dapat sambut birthday & puasa selama sebulan dengan keluarga tapi alhamdulillah umur 21 tahun dapat jugak rasa semua tu. syukur ya Allah.


taaadaaa. inilah birthday cake saiyer. the best chocolate cake! nyummy.


najmi, saiyer, najwa & hilmi

  itu saja gambar y dapat di upload sebab gambar lain agak kurang kelayakan untuk di upload. hee. seterusnya nak cerita pasal hadiah pulak. saiyer teringin sangat nak jubah hitam tapi nasib baik tak beli lagi sebab dapat hadiah seperti y dihajatkan. hee. Allah maha mendengar! antara hadiah y saiyer dapat adalah seperti di bawah. hee. 


hadiah 1 : duit RM50. hehe. duit pun boleh jadi hadiah taw. dari tok.


hadiah 2 : kek coklat y ditempah khas. hee. dari ayah.


hadiah 3 : jubah hitam y saiyer idamkan. hehe. dari cu, paksu & hilmi.


hadiah 4 : sepatu oren ala-ala diva. haha. dari paktam, balqis & dik man.


hadiah 5 : subang emas. hee. dari ibu.


hadiah 6 : BB y mungkin bakal dapat. haha. dari incik boipren.

  btw, hadiah 6 tu belum lagi saiyer terima. insyaAllah nanti dapat la ye. amin. dalam penerbangan untuk di sampaikan la katakan. hehe. tak sabar pulak rasanya. haha. verangan tak sudah la kau jeha. haha. papepun saiyer ucapkan terima kasih kepada semua sayang-sayang saiyer sekalian atas hadiah anda. sesungguhnya saya sangat terharu & teramat gembira & tersangat menyukai hadiah-hadiah tersebut. sayang hangpa semua. hee. sekian.

Thursday, 9 August 2012

Hadiah Pertama!

assalamualaikum..salam sejahtera.

   pada 9 August 2012, jam 8.30 a.m, di kamarku y indah, saiyer telah mendapat hadiah pertama for my birthday even lagi 4 days baru tarikh y sebenar. mesti tertanya-tanya kan siapa y bagi & apakah hadiahnya? jeng jeng jeng. haha. bajet nak buat suspen pulak dah. ok straight to the point, seperti tahun-tahun y sebelumnya since saiyer start guna celcom la saiyer akan dapat hadiah pertama dari Uncle Celcom. hehe. yeahhh. tak payah nak koya sangat sebab bukan ko sorang je y dapat la jeha, semua anak buah Uncle Celcom dapat hadiah birthday y sama. hee. kelas kaw Celcom.

   saiyer dapat mesej dari 28882 y tertulis : "Selamat Hari Jadi! Nikmati 7 hari PERCUMA pggln/SMS ke no 8pax. cuma jawab BDAY YA sblm tarikh lahir anda. Pastikan akaun anda aktif & 8pax telah diaktifkan." oleh itu, dengan sepantas kilat saiyer terus mereply mesej tersebut seperti y diarahkan. al-maklumlah sifat teruja itu membuak-buak. haha. kemudian, saiyer mendapat mesej y kedua dari 28882 y tertulis : "Bonus Hari Jadi: Terima kasih! Nantikan ganjaran 7 hari PERCUMA panggilan/SMS ke nombor 8pax setelah anda menerima mesej bonus pada harijadi anda."

   saiyer boleh bergayut puas-puas selama seminggu dengan incik boipren. tu pun kalau dia tak sibuk la kan. yeahhh. tak sabar pulak rasanya. haha. kalut la hang ni jeha. harusla! free kot! free! benda free is the best thing ever taw. hee. every year i tunggu taw even tak free kat semua nombor pun at least call incik boipren free. so, boleh borak lama-lama kongsi-kongsi cerita tanpa perlu risau kehabisan kedit. i like! i like! i like! hee.

   tak sabar bak tunggu hari jadi & tak sabar nak dapat call free. hee. puncala pasni menghitung masa je. haha. lagi 4 hari babe. 4 hari tu. hee. sabar najeeha nasha. banyak istifar ye. oppsss terlebih sudah. astarafirullahhalazim. sekian.



p/s : saiyer guna ini. hee



Wednesday, 1 August 2012

LAWAK !


amin ya rabbal alamin..

assalamualaikum..salam sejahtera..

finally! bulan y saiyer tunggu telah muncul jua. alhamdulillah masih bernafas di bulan AUGUST ini. i love AUGUST. ecececeh. hee. act, i'm getting older & older in this month. yup, saiyer lahir tanggal 12 bulan 8, 1991. coming soon my 21 bithday. OMJ, dah 21 ko jeha. haha. alaa, it just a number la. janji rock. hee

1st time birthday saiyer berada di rumah dalam bulan puasa pulak tu. beberapa hari kemudian dah raya. so, i wish dapat hadiah banyak-banyak kalau boleh nak baju, kasut, handbag, complete from head to toe gift for raya. haha. barula raya sakan, lengkap serba baru & y terbaik semua sponser pulak tu. hee. kan best kalau betul-betul terjadi. selalunya sambut pun belum tentu lagi, inikan pula nak dapat hadiah bagai. verangan la ko jeha. hee. tapi takpela, orang wish pun dah buat saiyer gembira. hee

belum pape lagi dak kepingin mahu makan kek la. hehe. dah lame mengidam nak kek. hehe. kemain. harap-harap dapat kek la nanti. amin. agak-agak sapela the lucky number one y wish birthday saiyer ye? curious dh la. dah-dah najeeha nasha. tak payah nak berangan banyak-banyak sangat. masih bernafas lagi ke tak pada hari tu pun belum tentu lagi. ajal maut di tangan Allah. kita hanya merancang tapi Allah y tentukan. sebaik-baik perancangan, rancangan Allah y paling baik untuk hambaNya.

ya Allah, panjangkanlah umurku & ahli keluarga ku. lindungilah kami dari segala malapetaka. kurniakanlah kami tubuh badan y sihat & minda y cerdas agar dapat kami melakukan segala suruhanMu ya Allah. murahkanlah rezeki kami. jauhkanlah kami dari segala fitnah. ya Allah, berilah kami hidayah & petunjuk Mu agar kami menjadi manusia y beramal soleh. berkatilah kami di dunia & akhirat. amin ya rabbal alamin.

Tuesday, 31 July 2012

mungkin...

sambil ku renungi dan ku fahami.
semakin hari berganti hari,
semakin pudar tiada berwarna.

detik, masa, waktu ?
seolah memamahnya sedikit demi sedikit,
satu demi satu,
langkah demi langkah,
hingga tiba satu saat manisnya kian hilang.
itu penghujungnya?

lihat !
saki baki warna,
sisa manisnya hilang.
lenyap pergi bersama masa,
sambil ditemani dusta.

cari !
kemana arah tujunya,
kemana hendaknya.
dimana ia berada,
temui ia secepatnya.

terdetik di rohani,
mungkinkah ia akan kembali?
harapan yang pasti,
warnanya mungkin sama tetapi manisnya jelas berbeza.

rawat !
lakukan sesuatu,
jadikan ia seperti azali.
itu sesuatu yang mustahil untuk terjadi,
kerana terlalu lama ia pergi..

Thursday, 26 July 2012



AKU !




aku bukan sesiapa.
aku hanya wanita biasa.
tapi aku punya deria.
aku juga punya rasa.
rasa yang sedar dalam nyata.
rasa yang gusar dalam raga.
rasa yang hendak dalam tiada.
rasa yang derita dalam bahagia.
rasa yang malu dalam mahu.
rasa yang hidup mati tak mampu.
kerna aku tetap aku.
tanpa perlu ku tahu.
aku alpa sebegitu.
hilang tanpa sedar.
pergi tanpa pesan.
tanpa bisa ku tahu apa semahu ku.
kerna itu memang aku.
lindung deria itu.
pelihara rasa itu.
kendali akal dan hatiku.
agar aku terus di jalan itu.


dugaan !

assalamualaikum..salam sejahtera..

entry kali ni cuma nak cerita pasal dugaan semasa solat terawih tadi. masa sedang saiyer & jemaah lain solat ishak, tiba-tiba satu perkara tidak diingini telah berlaku. secara tiba-tiba penghawa dingin & kipas telah membunuh diri mereka tanpa diketahui apakah puncanya. mungkin disebabkan keuzuran ataupun terdapat penyakit lain & mungkin di serang virus. oleh itu para jemaah telah mengerjakan solat terawih tanpa penghawa dingin & kipas, dalam erti kata lain solat dalam keadaan kepanasan. hee. berbekalkan semangat y cekal & tabah, saiyer berjaya mengharungi dugaan sedemikian walaupun dalam keadaan kepanasan. peluh meleleh-leleh habaq hang. haha. papepun alhamdulillah sebab berjaya juga menghabiskan solat terawih + witir. sekian.


pic balik terawih. haha


Wednesday, 25 July 2012

terawih tak khusyuk !

assalamualaikum..salam sejahtera..

  alhamdulillah. so far saiyer tak tinggal terawih lagi. saiyer solat terawih dekat masjid venice. kat situ buat 20 rakaat solat terawih + 3 rakaat solat witir. insyaAllah akan berterusan sampai habis ramadhan kalau tak ada aral melintang. amin.

  the best terawih ever sebab masjid tu sangat selesa, ada aircond & the most important part is iman dia baca sangat sedap sangat-sangat. serius terbaik la. sangat suka solat terawih kat situ even 20 rakaat pun tak rasa penat or so on.

  tapi untuk harini saiyer solat ishak + solat terawih tak khusyuk. ini berikutan ada makcik anonymous mane tah masa tengah tahhiyat akhir dia boleh pulak duduk atas kaki saiyer. perghh sakit mang tak yah cakap la. saiz xxxl pulak, bukan calang-calang duduk atas orang saiz s. time tu dalam hati duk meraung adoi2 + duk pikir bila la nak bagi salam ni + nak marah pun ada. kemain bermonolog siap masa tengah solat, mang tak khusyuk la citenya. haha.

  bukan sekali tu je kena tapi berkali-kali tahu. tarak agak la makcik tu landing. dah la tu tangan dia besar sangat ke ape tak muat nak letak atas peha sendiri sampai kena tumpang peha orang. menahan sakit satu hal pastu nak tampung makcik tu pulak. nasib baik makcik tu solat terawih 8 rakaat je, kalau tak alamatnya balik kaki capik la. haha.

  haiya, lepas tu barula dapat solat dengan aman + tenang + khusyuk + selesa. alhamdulillah. lain kali nak solat sebelah orang saiz ss jela supaya tak jadi macam tu. haha. sepatutnya saiyer solat sebelah ibu dengan tok tapi bila dah rapatkan saf, baris depan ade pulak lopong-lopong. so kena bergerak penuhkan saf depan la dulu kan. tu y terkena sebelah makcik tu. haha

  macam-macam perkara lagi y jadi time solat terawih nih. tertarik telkung la, terpijak kain la & macam-macam lagi la. tapi itu semua tidak mematahkan semangat saiyer untuk pergi solat terawih. hee. ni ada sedikit perkongsian dari saiyer, selamat menonton. hee



courtesy of you tube


Monday, 23 July 2012

gocoh!

assalamualaikum..salam sejahtera..


gocoh sokmo! haha

Sunday, 22 July 2012

ALAHAMDULILLAH..

assalamualaikum..salam sejahtera.

alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat juga saiyer menyambung pelajaran ke peringkat ijazah.


perasaan saiyer of coz la seronok sebab dapat sambung tapi sedikit takut sebab tak biasa lagi dengan kehidupan kat shah alam. nanti dah pergi tak ada la takut sangat kot. tapi saiyer rasa agak teruja juga sebab nak sambung ijazah kat persekitaran y baru. hee.

orang y paling seronok sekali ialah ibu. sebab saiyer dapat sambung ijazah tapi sebab y lagi utama adalah saiyer dapat dekat shah alam. tak adala jauh sangat macam dekat machang,kelantan. so ibu tak da la risau sangat saiyer drive sorang-sorang nanti. lagipun jalan dia tak macam jalan pergi kelantan. hee

azam kali ni nak belajar bersungguh-sungguh. tak nak jadi macam diploma. dapat result tak best. insyaAllah dah tekad nak focus study & tak nak main-main. nak fokus dalam kelas, buat revision, buat assigment awal, & selalu pergi kelas tak kira apa pun. amin. 

sebagai permulaan saiyer dah siap daftar, print semua borang & photostat semua dokumen y diperlukan. tinggal nak buat pembayaran, cop mana y perlu & buat medical check up. pendaftaran buat guna online je sekarang cuma nanti kena hanta semua borang-borang y dikehendaki je. harap-harap nanti tak akan ada masalah y timbul. amin.

kuliah start 10/9 & masa tu mood raya tak habis lagi. hehe.tapi tak pe nak belajar punya pasal korbankan raya. haha. zaman sekarang pelajaran tu penting tapi kita tidak boleh terlalu yakin bahawa dengan pelajaran sahaja dapat menjamin masa depan y cerah. 


menuntut ilmu itu merupakan fardhu kifayah. kita wajib menunaikan fardhu ain & fardhu kifayah.

Fardhu Ain 
-perkara y wajib ditunaikan oleh setiap umat islam
-berdosa jika tidak melakukannya
-contoh : solat fardhu, puasa, zakat, haji & sebagainya

Kepentingan Fardhu Ain 
1) individu
-patuh perintah & larangan Allah
-dipandang mulia
-budaya maju

2) masyarakat
-diberkati Allah
-aman & harmoni

3) negara
-warga negara berdisiplin
-umat bersatu padu
-syi'ar Islam dapat ditegakkan

Fardhu Kifayah 
-perkara y wajib dilaksanakan oleh sebahagian anggota masyarakat
-jika tidak ada y melaksanakannya, berdosa semuanya
-contoh : solat jenazah 

Kpentingan Fardhu Kifayah
1) individu
-rajin menuntut ilmu
-melahirkan individu berilmu

2) masyarakat
-masalah dapat diselesaikan
-hidup harmoni & bersatu padu

3) negara
-bertambah ilmu
-ekonomi makin kukuh

oleh itu, tunaikanlah fardhu ain & fardhu kifayah. hee. untuk perkongsian bersama. doakan semoga saiyer berjaya di dunia & di akhirat. amin.


Saturday, 21 July 2012

idola saiyer !

assalamualaikum..salam sejahtera..


ini kegemaran incik boipren. beliau suka nyanyi sambil main gitar. beliau selalu hiburkan saiyer dengan berbagai lagu. dulu selalu la dengar beliau nyanyi & main gitar live. sweet sangat bila lagu-lagu tu ditujukan khas buat saiyer. sekarang even dah berjauhan saiyer still dapat dengar lagi sebab kan ada banyak kemudahan sekarang. hee. y paling best siap boleh request lagu ape nak beliau main. seronok seronok seronok. lepas habis je mesti saiyer akan sorak 'yeah' sambil tepuk tangan dengan girang. dah macam tengok konsert je. hehe. tenkiu b sebab selalu hiburkan by.

p/s : 'aku cinta sayang kamu bazli'

1st terawih 2012

assalamualaikum..salam sejahtera..


adik <3 ibu <3 tok <3 ayah <3 kakak <3 along


ladies only <3


along <3 angah


encik bilal & anak gadisnya <3


tenkiu ibu sebab buatkan telkung baru untuk kami <3


sempat lagi menggewdikz. haha


imam muda abg cik <3


saiyer y sopan santun. hee

alhamdulillah. syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat jugak saiyer sekeluarga pergi menuanaikan solat terawih bersama-sama. di harap kami masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadah di sepanjang bulan ramadhan ini. dan di harap ini merupakan satu permulaan bagi saiyer untuk menjalani ibadah lain pula. amin.


Friday, 20 July 2012

ahlan wasahlan ya ramadhan !

assalamualaikum..salam sejahtera..



salam ramadhan buat keluarga tercinta, incik boipren tersayang, rakan-rakan taulan & semua umat Islam y ada di muka bumi ini. saiyer ingin memohon keampunan sekiranya terdapat sebarang kekhilafan. semoga ramadhan kali ini penuh makna agar dapat dilalui dengan sempurna. 

kepada incik boipren y tersayang. tahun ni tak dapat nak sambut ramadhan sama-sama. saiyer doakan semoga ramadhan kali ini disambut dengan penuh keberkatan & keredhaan dari Allah SWT. sahur jangan lupa bangun taw sayang. solat terawih pun jangan tinggal taw. hee

setelah 8 tahun, ni la baru nak merasa sebulan nak menyambut ramadhan bersama keluarga tercinta. seronok rasanya dapat makan masakan ibu, tak pun makan masakan sendri. hehe. mesti gilir-gilir la kena masak. semangat ramadhan kali ni nak pergi terawih ramai-ramai & tak nak ponteng terawih harapnya. amin. ibu siap buat telkung baru sorang satu lagi. tenkiu ibu. hee. harini angah & abg cik balik, so esok semua ada untuk sambut 1st ramadhan.

sepanjang ramadhan ni banyakkan buat amal ibadat, kumpul pahala banyak-banyak & sentiasa dekatkan diri dengan Allah. jaga mata, telinga, mulut & semua anggota badan la. kawal semua nafsu. terutama nafsu makan. bersederhana semasa berbuka. hee

salam ramadhan al-mubarak.


NASHABAZLI !

assalamualaikum..salam sejahtera..




itu saiyer rasa !


assalamualaikum..salam sejahtera..

ini ape y saiyer rasa pada saat & tika ini. pernah tak korang rasa bila korang nak luahkan masalah korang je terus kena 'fire'? pernak tak rasa? yes, that what i'm going through right now. saiyer tak tahu la sama ada saiyer ni sensitif sgt ke apa pada tika ini. tapi that what i feel right now.

saiyer cuma nak cerita masalah saiyer je, apa y membebankan otak saiyer, apa y buat saiyer rasa gundah. itu sahaja. baru je intro saiyer ckp terus setempek kena. tepat kena kat batang hidung. saiyer pula kena blame balik. huhu.

yes, i know. saiyer kena do it something bkn asyik nak pikir saja. but at least kasi chance la dulu saiyer nak luah habis-habisan. pastu boleh tak, nak susun sepuluh jari tolong la pujuk sikit ke ape ke kasi hati ni lega sikit. then barula boleh nak start berjinak-jinak ngan 'fire' tu ha. tak adala berbekas sgt hati den ni ha.

entahla bila pikir dari sudut lain memang tak salah sebab nak sedarkan tapi lau pikir dari sudut hati saiyer y lara ni jadi spoil la. saiyer kongsi nak bagi tenang tapi jadi tegang pulak. mungkin saiyer tak patut kongsi dengan 'kamu' dah kot. mungkin kamu dah muak dengan masalah saiyer y dah basi ni.

sorry babe. salah gua la landing salah port. gua sepatutnya cerita @ mengadu masalah dengan Allah SWT. sebab tula gua kena sedebik dengan lu. gua tak salahkan lu sebab apa y lu cakap tu sememangnya betul cuma hati gua tak boleh terima la babe. sorry again & again.

Kalam Allah untuk pedoman kita bersama :

“Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar terhadap-Ku. Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sungguh, ALLAh beserta dengan orang-orang yang sabar.” – al Baqarah : 152 – 153



Monday, 16 July 2012

gelak ke marah ?


assalamualaikum..salam sejahtera..

nak cerita pasal suatu kejadian di antara saiyer, najwa & ibu. time ni kteorg tengah makan kat depan tv.

najwa : lauk ni ayah bawa balik ke?
ibu : ha,a tadi ayah pergi tahlil, kenduri arwah. org tu bagi lauk ni kat ayah.
najwa : ow. kenduri cina ke melayu?

saiyer ngn ibu dah berpandangan antara satu sama lain. kteorg mcm kepelikkan.

saiyer : ko ni najwa. dah namanya tahlil mestila melayu. pernah pulak ha cina buat tahlil. (nada perli habis)
najwa : yela, dah arwah. (dalam nada nak marah sebab nak menang)
saiyer : hoi, cina mati mane panggil arwah la. melayu je panggil arwah. (nak gelak + nak marah)
ibu : ko jangan tanya macam ni depan org,najwa. malu ibu. (nak marah)
najwa : manela nak tahu. tanya je, tak payah la marah. (nada tak puas hati)
saiyer : ko ni dah tingkatan dua. takkan soalan macam tu pun nak tanya. (nak gelak + nak marah)
najwa : dah la, lain kali tak nak tanya dah. (nada marah)
ibu : ibu betulkan pun salah ke? takkan nak biar je.

beberapa jam kemudian, ayah pulang dari kuliah dekat masjid. saiyer pun memulakan langkah bagi mencerita perkara tadi kepada ayah. saiyer & ibu ketawa terbahak-bahak sambil bercerita. najwa pula bermasam muka.

ayah : hang ni macam-macam la najwa.
saiyer : tah najwa ni. nak pulak ayah pergi kenduri org cina pastu bawak balik nasi bagai. pastu ibu makan pulak nasi org cina. mamak pun ibu tak makan, inikan pula org cina punya. sah2 tak halal.
ibu : lain kali jangan tanya kat depan org ramai. bakal doktor tanya soalan macam tu. buat malu je.

kami semua pun gelak tapi dalam masa y sama nak marah pun ada. tula najwa. suka tanya soalan y bukan-bukan. pastu kalau org betulkan mula la dia nak naik radang. tapi tanya soalan macam org tak belajar. rasa macam nak ketuk je kepala najwa ni dengan soalan dia tu. cita-cita najwa ni nak jadi doktor. hari-hari dia asyik bahasakan diri dia, dr. najwa. haha. dia nak jadi doktor sebab dia ni seorg y sangat penakut. penakut dia tahap kayangan. punyala penakut y teramat sangat. so, kalau dia jadi doktor kena masuk bilik mayat & sebagainya dapatlah dia hilangkan rasa takutnya y tak bertempat tu katanya. najwa. najwa. wish u all the best. harap-harap cita-cita najwa nak jadi doktor tu tercapai. amin. papepu. kredit to najwa sebab buat saiyer gelak sampai nak pecah perut dengan lawak kendurinya. haha


Friday, 13 July 2012

I love U !


assalammualaikum..salam sejahtera..



난 널 사랑해!

bila tengok balik gambar-gambar lama, mula la rasa rindu y amat sangat dekat incik boipren. banyak sangat kenangan kteorg bersama. incik boipren penceria hidup saiyer masa kat uitm. even kenal dia masa dah nak masuk semester akhir tapi macam-macam keceriaan y dia bawa. dia bawa saiyer jalan-jalan pergi tempat-tempat y saiyer tak pernah pergi, makan makanan y saiyer tak pernah makan, kongsi cerita-cerita y menarik, ajar saiyer pasal bundle, masak sup ayam untuk saiyer, teman saiyer beli-belah, beli aiskrim untuk saiyer, ngok ngek sama-sama, teman saiyer belajar, ajar saiyer even kos tak sama, kemaskan fail dalam laptop, basuhkan kereta & macam-macam lagi la. y paling penting he taught me how to love. saiyer bersyukur dengan apa y saiyer ada. terima kasih ya Allah sebab hadirkan incik boipren dalam hidup saiyer.semoga jodoh kami kekal sampai akhir hayat. amin.



incik boipren gigih turun tepi sungai tu nak dapatkan bunga nih. tenkiu sayang.


English - I love you
Afrikaans - Ek Fhet jou lief
Albanian - Te dua
Arabic - Ana behibek
Armenian - Yes kez sirumen
Bambara - M'bi fe
Bangla - Aamee tuma ke bhalo aashi
Belarusian - Ya tabe kahayu
Bisaya - Nahigugma ako kanimo
Bulgarian - Обичам те
Cambodian - Soro lahn nhee ah
Cantonese Chinese - Ngo oiy ney a
Catalan - T'estimo
Cheyenne - Ne mohotatse
Chichewa - Ndimakukonda
Corsican - Ti tengu caru (to male)
Creole - Mi aime jou
Croatian - Volim te
Czech - Miluji te
Danish - Jeg Elsker Dig
Dutch - Ik hou van jou
Esperanto - Mi amas vin
Estonian - Ma armastan sind
Ethiopian - Afgreki'
Faroese - Eg elski teg
Farsi - Doset daram
Filipino - Mahal kita
Finnish - Mina rakastan sinua
French - Je t'aime, Je t'adore
Gaelic - Ta gra agam ort
Georgian - Mikvarhar
German - ich liebe dich
Greek - S'agapau
Gujarati - Hoo thunay prem karoo choo
Hiligaynon - Palangga ko ikaw
Hawaiian - Aloha wau ia oi
Hebrew - Ani ohev otah (to female)
Hebrew - Ani ohev et otha (to male)
Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hae
Hmong - Kuv hlub koj
Hopi - Nu' umi unangwa'ta
Hungarian - Szeretlek
Icelandic - Eg elska tig
Ilonggo - Palangga ko ikaw
Indonesian - Saya cinta padamu
Inuit - Negligevapse
Irish - Taim i' ngra leat
Italian - Ti amo
Japanese - Ai#eru
Kannada - Naanu ninna preetisuttene
Kapampangan - Kaluguran daka
Kiswahili - Nakupenda
Konkani - Tu magel moga cho
Korean - Sarang Heyo
Latin - Te amo
Latvian - Es tevi miilu
Lebanese - Bahibak
Lithuanian - Tave myliu
Malay - Saya cintakan mu / Aku cinta padamu
Malayalam - Njan Ninne Premikunnu
Mandarin Chinese - Wo ai ni
Marathi - Me tula prem karto
Mohawk - Kanbhik
Moroccan - Ana moajaba bik
Nahuatl - Ni mits neki
Navaho - Ayor anosh'ni
Norwegian - Jeg Elsker Deg
Pandacan - Syota na kita!!
Pangasinan - Inaru Taka
Papiamento - Mi ta stimabo
Persian - Doo-set daaram
Pig Latin - Iay ovlay ouyay
Polish - Kocham Ciebie
Portuguese - Eu te amo
Romanian - Te ubesk
Russian - Ya tebya liubliu
Scot Gaelic - Tha gra\dh agam ort
Serbian - Volim te
Setswana - Ke a go rata
Sindhi - Maa tokhe pyar kendo ahyan
Sioux - Techihhila
Slovak - Lu`bim ta
Slovenian - Ljubim te
Spanish - Te quiero / Te amo
Swahili - Ninapenda wewe
Swedish - Jag alskar dig
Swiss-German - Ich lieb Di
Tagalog - Mahal kita
Taiwanese - Wa ga ei li
Tahitian - Ua Here Vau Ia Oe
Tamil - Nan unnai kathalikaraen
Telugu - Nenu ninnu premistunnanu
Thai - Chan rak khun (to male)
Thai - Phom rak khun (to female)
Turkish - Seni Seviyorum
Ukrainian - Ya tebe kahayu
Urdu - mai aap say pyaar karta hoo
Vietnamese - Anh ye^u em (to female)
Vietnamese - Em ye^u anh (to male)
Welsh - 'Rwy'n dy garu
Yiddish - Ikh hob dikh
Yoruba - Mo ni fe


Thursday, 12 July 2012

kegewdikzkan melanda..


assalamualaikum..salam sejahtera..


saiyer suka menggewdikz dengan the only adik perempuan saiyer. 


ini dah macam retarded retard pun ada. haha. janji kteorg happy kan?


ini la kegewdikzkan y selau melanda kteorg adik beradik. macam-macam gaya ada. haha. seronok have fun dengan diorg. hee. angah jadi photographer. sayang korang sangat-sangat.

bergembira bersama adik beradik adalah perkara y paling menyeronokkan. seronok bila dapat kumpul sama-sama macam ni. sebab masing-masing dah besar so, agak susah nak bersama macam ni. ni baru tengah belajar, kalau dah kerja tak tahu la macam mana kan? oleh itu, setiap kesempatan y ada di gunakan sebaik mungkin. apa-apa pun family 1st. family sentiasa ada semasa kita susah atau senang. jangan sesekali abaikan family. saiyer bersyukur kerana dikurniakan sebuah keluarga y bahagia & masing-masing menyempurnakan ikatan kekeluargaan ini. alhamdulillah ya Allah atas segala kurniaanMu.


saya sayang mereka sangat-sangat.