dah lame saiyer tak kemaskini blog. dek kerana sibuk & tiada kesempatan untul on9. al-maklum la sibuk buat persiapan raya & sambutan hari raya la katakan. so, hari ini raya y ke-9 barula ada masa nak cerita pasal sambutan birthday saiyer y dah lepas itu. haha. even dah basi pun tetap juga mahu di ceritakan. hee
sebenarnya sambutan hari jadi saiyer di buat secara kecil-kecilan. saiyer cuma jemput saudara terdekat je. lagipun bulan puasa kan. sambut masa berbuka la. baru dapat mkn kek. hee. makanan semua ibu y masak, ada bihun sup, mee sup, kueh tiaw sup, nasi impit, rendang, roti john, murtabak, kuih popia, agar-agar mcm-mcm perisa & paling wajib ada kek coklat y ditempah khas. hee. thx ibu & ayah sebab sudi sambut birthday anakmu y sudah dewasa ni. haha.
rasa tak best sikit sebab angah dengan abg cik tak balik. y ada masa tu tok, ibu, ayah, najwa, najmi, paktam, balqis, dik man, paksu, cu, hilmi & harusla birthday girl. hehe. tapi takpela sebab dapat juga sambut birthday dengan keluarga. dah lame tak sambut birthday dengan family taw. sejak umur 13 tahun tak dapat sambut birthday & puasa selama sebulan dengan keluarga tapi alhamdulillah umur 21 tahun dapat jugak rasa semua tu. syukur ya Allah.
taaadaaa. inilah birthday cake saiyer. the best chocolate cake! nyummy.
najmi, saiyer, najwa & hilmi
itu saja gambar y dapat di upload sebab gambar lain agak kurang kelayakan untuk di upload. hee. seterusnya nak cerita pasal hadiah pulak. saiyer teringin sangat nak jubah hitam tapi nasib baik tak beli lagi sebab dapat hadiah seperti y dihajatkan. hee. Allah maha mendengar! antara hadiah y saiyer dapat adalah seperti di bawah. hee.
hadiah 1 : duit RM50. hehe. duit pun boleh jadi hadiah taw. dari tok.
hadiah 2 : kek coklat y ditempah khas. hee. dari ayah.
hadiah 3 : jubah hitam y saiyer idamkan. hehe. dari cu, paksu & hilmi.
hadiah 4 : sepatu oren ala-ala diva. haha. dari paktam, balqis & dik man.
hadiah 5 : subang emas. hee. dari ibu.
hadiah 6 : BB y mungkin bakal dapat. haha. dari incik boipren.
btw, hadiah 6 tu belum lagi saiyer terima. insyaAllah nanti dapat la ye. amin. dalam penerbangan untuk di sampaikan la katakan. hehe. tak sabar pulak rasanya. haha. verangan tak sudah la kau jeha. haha. papepun saiyer ucapkan terima kasih kepada semua sayang-sayang saiyer sekalian atas hadiah anda. sesungguhnya saya sangat terharu & teramat gembira & tersangat menyukai hadiah-hadiah tersebut. sayang hangpa semua. hee. sekian.
No comments:
Post a Comment