Wednesday, 29 August 2012

senyum!

assalamualaikum..salam sejahtera..

harini saiyer pergi billion lame (fyi, ada dua billion y agak dekat-dekat, satu baru tahun ni siap & satu lagi dah lame) sengsorang sebab nak beli barang sikit. then kat entrance tu saiyer terserempak la dengan sorang gadis ni y agak comel la kot pakai high heels y tak tau bape inci tah but for me memang sangat tinggi. (mak tak layan high heels sebab gayat, mak layan selipers jewrrr. fyi! hak3) dis girl datang dengan sorang mamat but tak sure jugak boipren ke, cousin ke, abang long ke, adik ke or sape-sape jela kan. saiyer agak boipren la. both of them umur macam lobeh kurang eden je ha, dalam lingkungan 20an cam tu la ye kawan-kawan. aha.

act, nak cerita pasal secara tak sengaja saiyer dengan gadis itu tertatap wajah masing-masing. so saiyer pun senyum la dengan menampakkan gigiku y tak berapa nak putih sangat ni. tapi pompuan tu boleh pulak buat tak tahu siap jeling lagi. (kan dah dapat nama pompuan bukan gadis lagi. grrr) agak kurang la di situ kan. cheq kak oi, muka dah cantik, adab kasi cantik jugala. haiya, macam ini punya olang pun ada ka? tapi tak pela sebab saiyer pun malas nak take port maybe dia ada masalah tak boleh senyum ke, gigi dia tak da ke, hape ke kan? ke aku pakai tak hot macam kau? boleh jadi jugak. hahaha. kita mane tahu jugak masalah orang ni. just think positive jela. tapi ade jugak sikit terfikir 'ekau belagak sangat kang terpeleot baru taw'. hohhoho. jahatnya fikiranku ini. dush3.

ohmyAllah! fikiran ku menjadi realiti. tak sangka pompuan tu jatuh terpeleot betul-betul depan mata saiyer. saiyer pun secara tak sengaja terkeluar dari mulut 'Ya Allah' kuat pulak tu. sampai pompuan tu toleh kat saiyer. astarafirullahhalazaim ape y saiyer fikir tadi betul-betul jadi. orang lain y menyaksikan ada y ketawa kecil tapi saiyer rasa bersalah sangat jadi penyebab dia jatuh. nak rasa padan muka pun tak sampai hati. saiyer nak tolong dia tapi tak perlu la kot, boipren dia kan ada. tak lame lepas tu jumpa balik dengan pompuan tu kat bahagian sayur then dia senyum. kat saiyer ke? tengok kiri kanan takda orang. aik? pelik pulak tadi kemain menyombong lagi. manis jugak senyumannya. saiyer pun senyum la balik dengan seikhlas hati. hehehe

tula, kalau awal-awal lagi senyum kan manis. buat muka ketat pun tak dapat ape la kawan. senyum tu kan satu sedekah. dapat pahala dan mungkin boleh dapat kawan. orang pun tak cakap buruk pasal kita. hehehe.
moral of the story : tak kira la sape pun kita jumpa, tua ke, muda ke, kaya ke, miskin ke, cantik ke, hudus ke, tak kira bangsa sokmo-sokmo la senyum ye! tak rugi pun kalau kita senyum. senyum tak perlu kata apa-apa. ngeh3


ps : senyum macam saiyer! hohoh. walaupun agak hudus tapi ikhlas kot!


Tuesday, 28 August 2012

Raya 2012..

assalamualaikum..salam sejahtera..



walaupun hari ni dah raya y ke sepuluh tapi masih belum terlambat lagi kot untuk saiyer bagi ucapan raya. hehe. al-maklumlah time ni je sempat nak mengadap benda alah ni. janji ada jugak ucapan kan, dari takda. hee. di kesempatan ini saiyer Nur Najeeha Nasha Binti Jamal ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua umat Islam y ada di seluruh pelusuk dunia ni. dengan hati y ikhlas saiyer juga ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala kekhilafan y saiyer buat sama ada sedar mahupun tanpa di sedari. kepada semua y mengenali diri ini maafkanlah segala kekhilafan saiyer yer. semoga kita semua sentiasa dirahmati oleh Allah SWT. amin.


raya pertama bertema oren. hee


raya kedua bertema warna-warni but mostly hitam la kan. hee


raya ketiga with ibu & najwa. kredit to angah. hee


raya keempat kami. kredit to angah. hee


raya kelima with my sayang-sayang. hee


Monday, 27 August 2012

sambutan birthday y lalu..

assalamualaikum..salam sejahtera..

  dah lame saiyer tak kemaskini blog. dek kerana sibuk & tiada kesempatan untul on9. al-maklum la sibuk buat persiapan raya & sambutan hari raya la katakan. so, hari ini raya y ke-9 barula ada masa nak cerita pasal sambutan birthday saiyer y dah lepas itu. haha. even dah basi pun tetap juga mahu di ceritakan. hee

  sebenarnya sambutan hari jadi saiyer di buat secara kecil-kecilan. saiyer cuma jemput saudara terdekat je. lagipun bulan puasa kan. sambut masa berbuka la. baru dapat mkn kek. hee. makanan semua ibu y masak, ada bihun sup, mee sup, kueh tiaw sup, nasi impit, rendang, roti john, murtabak, kuih popia, agar-agar mcm-mcm perisa & paling wajib ada kek coklat y ditempah khas. hee. thx ibu & ayah sebab sudi sambut birthday anakmu y sudah dewasa ni. haha.

  rasa tak best sikit sebab angah dengan abg cik tak balik. y ada masa tu tok, ibu, ayah, najwa, najmi, paktam, balqis, dik man, paksu, cu, hilmi & harusla birthday girl. hehe. tapi takpela sebab dapat juga sambut birthday dengan keluarga. dah lame tak sambut birthday dengan family taw. sejak umur 13 tahun tak dapat sambut birthday & puasa selama sebulan dengan keluarga tapi alhamdulillah umur 21 tahun dapat jugak rasa semua tu. syukur ya Allah.


taaadaaa. inilah birthday cake saiyer. the best chocolate cake! nyummy.


najmi, saiyer, najwa & hilmi

  itu saja gambar y dapat di upload sebab gambar lain agak kurang kelayakan untuk di upload. hee. seterusnya nak cerita pasal hadiah pulak. saiyer teringin sangat nak jubah hitam tapi nasib baik tak beli lagi sebab dapat hadiah seperti y dihajatkan. hee. Allah maha mendengar! antara hadiah y saiyer dapat adalah seperti di bawah. hee. 


hadiah 1 : duit RM50. hehe. duit pun boleh jadi hadiah taw. dari tok.


hadiah 2 : kek coklat y ditempah khas. hee. dari ayah.


hadiah 3 : jubah hitam y saiyer idamkan. hehe. dari cu, paksu & hilmi.


hadiah 4 : sepatu oren ala-ala diva. haha. dari paktam, balqis & dik man.


hadiah 5 : subang emas. hee. dari ibu.


hadiah 6 : BB y mungkin bakal dapat. haha. dari incik boipren.

  btw, hadiah 6 tu belum lagi saiyer terima. insyaAllah nanti dapat la ye. amin. dalam penerbangan untuk di sampaikan la katakan. hehe. tak sabar pulak rasanya. haha. verangan tak sudah la kau jeha. haha. papepun saiyer ucapkan terima kasih kepada semua sayang-sayang saiyer sekalian atas hadiah anda. sesungguhnya saya sangat terharu & teramat gembira & tersangat menyukai hadiah-hadiah tersebut. sayang hangpa semua. hee. sekian.

Thursday, 9 August 2012

Hadiah Pertama!

assalamualaikum..salam sejahtera.

   pada 9 August 2012, jam 8.30 a.m, di kamarku y indah, saiyer telah mendapat hadiah pertama for my birthday even lagi 4 days baru tarikh y sebenar. mesti tertanya-tanya kan siapa y bagi & apakah hadiahnya? jeng jeng jeng. haha. bajet nak buat suspen pulak dah. ok straight to the point, seperti tahun-tahun y sebelumnya since saiyer start guna celcom la saiyer akan dapat hadiah pertama dari Uncle Celcom. hehe. yeahhh. tak payah nak koya sangat sebab bukan ko sorang je y dapat la jeha, semua anak buah Uncle Celcom dapat hadiah birthday y sama. hee. kelas kaw Celcom.

   saiyer dapat mesej dari 28882 y tertulis : "Selamat Hari Jadi! Nikmati 7 hari PERCUMA pggln/SMS ke no 8pax. cuma jawab BDAY YA sblm tarikh lahir anda. Pastikan akaun anda aktif & 8pax telah diaktifkan." oleh itu, dengan sepantas kilat saiyer terus mereply mesej tersebut seperti y diarahkan. al-maklumlah sifat teruja itu membuak-buak. haha. kemudian, saiyer mendapat mesej y kedua dari 28882 y tertulis : "Bonus Hari Jadi: Terima kasih! Nantikan ganjaran 7 hari PERCUMA panggilan/SMS ke nombor 8pax setelah anda menerima mesej bonus pada harijadi anda."

   saiyer boleh bergayut puas-puas selama seminggu dengan incik boipren. tu pun kalau dia tak sibuk la kan. yeahhh. tak sabar pulak rasanya. haha. kalut la hang ni jeha. harusla! free kot! free! benda free is the best thing ever taw. hee. every year i tunggu taw even tak free kat semua nombor pun at least call incik boipren free. so, boleh borak lama-lama kongsi-kongsi cerita tanpa perlu risau kehabisan kedit. i like! i like! i like! hee.

   tak sabar bak tunggu hari jadi & tak sabar nak dapat call free. hee. puncala pasni menghitung masa je. haha. lagi 4 hari babe. 4 hari tu. hee. sabar najeeha nasha. banyak istifar ye. oppsss terlebih sudah. astarafirullahhalazim. sekian.



p/s : saiyer guna ini. hee



Wednesday, 1 August 2012

LAWAK !


amin ya rabbal alamin..

assalamualaikum..salam sejahtera..

finally! bulan y saiyer tunggu telah muncul jua. alhamdulillah masih bernafas di bulan AUGUST ini. i love AUGUST. ecececeh. hee. act, i'm getting older & older in this month. yup, saiyer lahir tanggal 12 bulan 8, 1991. coming soon my 21 bithday. OMJ, dah 21 ko jeha. haha. alaa, it just a number la. janji rock. hee

1st time birthday saiyer berada di rumah dalam bulan puasa pulak tu. beberapa hari kemudian dah raya. so, i wish dapat hadiah banyak-banyak kalau boleh nak baju, kasut, handbag, complete from head to toe gift for raya. haha. barula raya sakan, lengkap serba baru & y terbaik semua sponser pulak tu. hee. kan best kalau betul-betul terjadi. selalunya sambut pun belum tentu lagi, inikan pula nak dapat hadiah bagai. verangan la ko jeha. hee. tapi takpela, orang wish pun dah buat saiyer gembira. hee

belum pape lagi dak kepingin mahu makan kek la. hehe. dah lame mengidam nak kek. hehe. kemain. harap-harap dapat kek la nanti. amin. agak-agak sapela the lucky number one y wish birthday saiyer ye? curious dh la. dah-dah najeeha nasha. tak payah nak berangan banyak-banyak sangat. masih bernafas lagi ke tak pada hari tu pun belum tentu lagi. ajal maut di tangan Allah. kita hanya merancang tapi Allah y tentukan. sebaik-baik perancangan, rancangan Allah y paling baik untuk hambaNya.

ya Allah, panjangkanlah umurku & ahli keluarga ku. lindungilah kami dari segala malapetaka. kurniakanlah kami tubuh badan y sihat & minda y cerdas agar dapat kami melakukan segala suruhanMu ya Allah. murahkanlah rezeki kami. jauhkanlah kami dari segala fitnah. ya Allah, berilah kami hidayah & petunjuk Mu agar kami menjadi manusia y beramal soleh. berkatilah kami di dunia & akhirat. amin ya rabbal alamin.