Saturday 29 September 2012

exam SPA.

assalamualaikum..salam sejahtera..

harini saiyer bangun pukul 5.30 pagi sebab ada PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F29. exam start pukul 9.00 pagi tapi kena ada kat sana 30 minit awal bertempat di Institut Latihan Perindustrian Ipoh. pukul 6.30 pagi dah gerak dari rumah sebab perjalanan ambil masa lebih kurang sejam lebih + nak redah 43 traffic light + risau sesat sebab tak sure exactly ILP tu kat mane +  in case pape. so, better gerak awal la kan. alhamdulillah no sesat & sampai pukul 8.00 pagi.

exam tu terbahagi kepada 3 seksyen.
seksyen A : pengetahuan am
                 : 50 soalan (aneka pilihann)
                 : 40 minit
seksyen B : daya menyelesaikan masalah
                 : 40 soalan (aneka pilihan)
                 : 45 minit
seksyen C : penaksiran personaliti
                 : 185 soalan (aneka pilihan)
                 : 1 jam

seksyen A tu agak susah sebab tak study langsung & tak ambil tahu pulak pasal dasar kerajaan. seksyen B pulak masa tak cukup nak jawab semua soalan peringkat SPM. dah la kena kira manual (calculator are not allowed) macam lipas kudung je kalut mengira. seksyen C pulak rasa macam nak muntah je jawab soalan banyak-banyak ni. haiya. konklusinya tawakaltualaAllah. kalau lulus exam baru dipanggil untuk manghadiri Pusat Penilaian Kompetensi. insyaAllah.


nampak tak muka fening baru lepas exam di situ? 

Friday 28 September 2012

satu permulaan..

assalamualaikum..salam sejahtera.

wah, rasa macam dah berabad tak update blog nih. hehe. al-maklumlah busy bergelar pelajar baru ijazah sarjana muda sains pengurusan sistem maklumat (kepujian) kampus puncak perdana. ececeh. as student post diploma ni banyak benda nak kena settle & rasa agak terkial-kial. haha. segala surat-menyurat, bil, pengecualian kredit, daftar kelas & segala urusan pendaftaran la. special nya student post diploma ni when futher degree dalam bidang y sama terus masuk semesta tiga. yeah. lagi dua tahun habis la degree. insyaAllah. amin.

alhamdulliah, dalam sedar tak sedar dah tiga minggu saiyer berada di puncak perdana. so far overall ok la. saiyer stay kolej tapi kolej ni macam apartment & berbayar. y tak best dalam rumah tak da dapur & mesin basuh. ada banyak rules y wajib kena ikut. macam biasala kalau dah namanya pun kolej. haha. dalam rumah ada tiga bilik & dua bilik air. bilik satu agak besar untuk dua orang duduk, bilik dua agak kecil untuk dua orang duduk & bilik tiga biasa je untuk empat orang duduk. harga sewa pula berlainan mengikut bilik. bilik satu & dua RM420 per person untuk satu semester while bilik tiga RM240 per person untuk satu semester juga. katil, almari baju & meja belajar are provided. saiyer duduk bilik dua with kiki. housemate semua baik-baik belaka. hee


dia kiki@ketot. dia roommate saiyer!





mereka housemate saiyer!

next nak cerita pasal bff saiyer kat puncak perdana. act, kitaorang dah bff dari kampus machang lagi masa diploma dulu. semua dapat sambung kat puncak perdana kecuali kyah dapat dekat kampus segamat, johor. huhu. sedih gila la dia dapat kat sana sorang-sorang. papepun harap kyah be strong, sentiasa baik-baik sahaja & berjaya di dunia & akhirat. nanti cuti wajib lepak same-same ye. kitaorang rindu bangat sama kamu! tak puas la just webcam je. nak kena jumpa face to face ni baru dapat peluk muah2. hehe. 



mereka bff saiyer!

sekian dulu cerita permulaan saiyer sebagai pelajar di kampus puncak perdana. di harap hari-hari kami akan sentiasa dipermudahkan & diberkati oleh Allah. amin.

Thursday 6 September 2012

semangat sikit!



ps : Malaysia boleh ! saya pasti boleh! NAJEEHA NASHA can do it!

Wednesday 5 September 2012

tipu!

awak tipu saiyer!
kenapa?
susah ke nak berterus terang?
kenapa perlu nak rahsia?
rasa sangat dikhianati!

saiyer ke y bersalah?
kenapa?
kenapa saiyer?
banyak persoalan.
tapi..
tiada jawapan.

y terbaik adalah pergi.
pergi jauh.
jauh dari semua.
hilangkan semua itu.
agar dapat ketenangan kembali.

Tuesday 4 September 2012

fighting!

assalamualaikum..salam sejahtera..

masalah. masalah. masalah.
satu demi satu muncul.
bila satu dah settle, tup tup muncul pulak lagi satu.
susah hati betul la.
ape boleh buat?
sabar jela yang mampu.
hadapi dengan tenang.
pasti ada penyelesaian.
ajaa. ajaa. fighting.

banyak pulak benda nak kena fikir.
dah fikir nak cari penyelesaiaan pulak.
dah cari penyelesaiaan kena bertindak pulak.
dah bertindak, banyak pulak tindakan y perlu di buat.
haiya!
buat masa sekarang apa y perlu tunggu dan lihat.
settle kan mane y patut dulu ye.

ape daa y ko mengarut ni jeha?
membebel sendirian jela y mampu.
sudah sudahla.
runsingkan mane y penting dulu.
perkara y lain tolak tepi.
nanti baru difikirkan dan diselesaikan.
ape pun keputusan y dibuat, y penting redha!
chaiyok! chaiyok!
najeeha nasha boleh!
yeah!